Thursday, 2 August 2012

Ikhtibar Bulan Ramadhan.

Ramadhan yang makin meninggalkan kita telah melakarkan beberapa cerita suka duka makhluk dunia...dan bagi insan muslim yang beriman malam-malam terakhir ramadhan adalah malam penuh dinanti dan dicari....sepertimana :- Hadith al-Bukhari meriwayatkan : Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Ganjaran istimewa yang diberikan kepada orang yang beriman dan mendapat keberkatan / pahala malam lailatul Qadar ialah sepertimana mereka beramal dan mendapat pahala seribu bulan. Keistimewaan ini tidak terdapat pada umat nabi lain, ianya khas kepada umat nabi Muhammad S.A.W penghulu sekelian nabi serta nabi akhir zaman.... Ayat al-Qur'an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.Saat pasti akan berlaku malam Lailatul Qadar ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.... Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
Dimasa umat islam sibuk menjalankan ibadah sunat tarawih dan mencari keberkatan Lailatul Qadar terdapat segelintir insan sibuk dengan aktiviti-aktiviti yang membazir dan membahayakan diri..golongan kanak-kanak yang tidak dikawal dan pantau oleh ibu bapa akan meriah dengan bermain bunga api dan lebih berat lagi bermain mercun... lebih kuat bunyi mercun lebih seronok lah kumpulan-kumpulan ini.... ya! perkara ini memang menyeronokan tetapi adakah kumpulan-kumpulan ini mengetahui kesan daripada akibat bermain mercun ???? (gambar untuk hiasan dan semoga memberi kesan pada sesiapa cuba-cuba nak membeli mercun)

No comments:

Post a Comment