Menegakkan perlembagaan Al Quran dan Hadis adalah perjuangan agung yang tidak akan padam.
Thursday, 26 July 2012
Seni Pertahanan diri Gerak 17
Salam! dalam menjalani kehidupan fana yang penuh cabaran serta dugaan, setiap insan perlu menyediakan diri dengan segala ancaman serta cubaan keselamatan mental serta fizikal. Pertubuhan-pertubuhan seni pertahanan diri tumbuh merata dengan pelbagai nama dan matlamat. Salah satu daripadanya ialah Seni Gerak 17.Satu pertubuhan pertahanan diri yang mementingkan amalan zikir pada Allah. Buah bunga Gerak 17 amatlah lembut dan sesuai untuk lelaki atau perempuan sebagai asas untuk menjaga keselamatan diri. Pelatih seni pertahanan diri Gerak 17 melakukan majlis "perlimau" (ijazah)iaitu penamatan belajar ilmu-ilmu pertahanan diri.Gerak 17 adalah satu seni pertahanan diri yang menggunakan amalan zikrullah serta menerapkan sifat kesabaran,merendahkan diri,takwa,iman dan amalan zikir terhadap Allah.
Salah satu ujian dimajlis "perlimau" yang terpaksa dilalui oleh pelatih/ahli Gerak 17 ialah acara memecahkan "Buah Keras" dengan menggunakan tapak tangan, dengan ketajaman zikir beserta fokus yang tinggi terhadap "sasaran"(buah keras) tersebut, nescaya dengan izin Allah ia akan pecah. Ianya bukan untuk membanggakan diri tetapi sekadar mencuba ke"fokus an" dan zikir , ahli-ahli wajib membuang sifat angkuh, sombong bongkak, takbur. Amalan-amalan zikir tersebut dan diterapkan bersekali dengan amalan wajib akan menjadikan ahli lebih yakin diri.
Ahli-ahli juga akan diuji dengan pelbagai silat serangan serta ancaman tetapi dengan kekuatan zikrullah serta fokus serangan-serangan tersebut tidak dapat memudaratkan ahli Gerak, dengan izin Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum...maaf tuan...bila kita boleh berjumpa...rindu rasanya dengan gelanggang PESEGAR...macam mana saya nak hubungi tuan
ReplyDeletesalam saya dari manjung perak ahli gerak 17 salam kenal
ReplyDeleteada lagi ke gerak 17 ni
ReplyDelete