Al Kisah- Pada suatu masa di era zaman pasca cyber,kejadian berlaku di sebuah Negeri Pasir Berdengung di lokasi sebuah wad yang menempatkan serta menguruskan hal-hal berkaitan manusia zaman kini yang mengalami masalah perawatan dan pemulihan sakit jiwa(lebih senang Hospital Bahagia lah )Kejadiannya:-
Seorang lelaki ber"jiwa" sakit yang dilabelkan sebagai lelaki"A" dengan tergesa-gesa dan tercunggap-cunggap berlari masuk ke bilik pegawai perubatan...dialognya ialah:-
Lelaki "A" :Doktor!doktor!...(sambil tercungap-cungap kepenatan)...!!!
Doktor :Hah!...ada ape, nampak macam besar masalah ni...?!!
Lelaki "A" :Ya doktor!!.. masalah besar ni...!!!
Doktor :Masalah pe???..
Lelaki "A" :Gini Doktor...!!kawan saya si Mat(bukan nama sebenar) tu dah gila...!!!
Doktor :Kenape lak?!
Lelaki "A" :Dia telah naik atas meja dan menjerit-jerit mengatakan bahawa dia ialah
matahari.... gila dah dia tu doktor....mana boleh manusia bertukar jadi
matahari... tak masuk akal langsung!!!....
Doktor :Hah betul tu...manusia tak boleh jadi matahari...!!! habis tu kenapa kau
tak suruh dia turun?...
Lelaki "A" :Eh..tidak boleh Doktor.... Kalau saya suruh dia turun habis gelap lah
dunia ni doktor!!!
Doktor :Errk!!!(sambil berkata dalam hati..betul lah tuh!!!)
Moral: Orang yang selalu mengatakan yang dianya betul... belum tentu dia tu orang yang betul..... Sekadar release tension!!!!!
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment