Tuesday, 14 August 2012

Musuh No.1 Negara(ATS)


Mengenali Musuh No. Satu Negara(ATS)!
“Dadah” yang telah di iktiraf sebagai musuh nombor satu Negara selepas komunis meletakkan senjata, ianya adalah musuh yang tidak akan “padam” dan hapus selagi negara dipenuhi serta dicemari dengan berbagai maksiat, runtuhnya akhlak remaja,  pemuda –pemudi  yang sudah menjauhi agama serta mengabaikan solat, ibu-bapa yang asyik mengejar kemewahan/keduaniaan, pemimpin-pemimpin yang korup, timbulnya ulama-ulama yang bisu. Ianya mendatangkan kemurkaan Allah Taala, rahmat dan keberkatan Negara akan ditarik dan perkara inilah sebenarnya masalah dadah tidak akan selesai. Konsep-konsep pemulihan dadah yang direka kini hanyalah sekadar membantu menyelasaikan masalah ini di sekitar luaran dan bersifat sementara umpama sepohon pokok yang hanya dipotong dan cantas ranting dan dahan sahaja….akar serta umbi tidak terjejas malah akan lebih menyuburkan lagi pokok tersebut.
                Dadah atau ‘drug’ ialah bahan kimia yang sangat merbahaya kepada individu kerana ia akan mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi, dadah meliputi beratus-ratus jenis di dunia dan yang paling terkenal di Negara kita ialah dari jenis opiate, Stimulan,Ganja/kanabis,halusinogen dan Depresen iaitu :- i.Candu  ii.Morfin  iii.Heroin  iv.Kodein  v.Amfetamin/Methamphetamine           serta  vi.Ganja.
                Sekarang dadah yang paling digemari dan paling popular dikalangan remaja ialah dadah jenis ATS(Amphetamine Type Stimulan) iaitu Amphetamine/Methamphetamine , pengguna dadah ini meliputi golongan remaja, pemandu jentera berat dan pengunjung pusat hiburan.
                Sejarah awal dadah ATS ianya dicipta untuk tujuan perubatan. Dadah Amphetamine dihasilkan sebagai “nasal inhaler” dan Methamphetamine pula dikeluarkan untuk digunakan dalam perawatan “asma”. Oleh kerana ia berkeupayaan memberi kesan berjaga dan rasa bertenaga, penggunaannya telah diperluaskan kepada Tentera semasa Perang Dunia kedua.Akibat kesan-kesan rangsangan yang begitu ketara dan bekalan dadah tersebut mudah diperolehi dadah ini telah mula disalahgunakan.
                Di Negara kita penyalahgunaan ATS bermula sejak tahun 1996 apabila pelajar-pelajar yang balik dari menuntut diluar Negara membawa masuk dadah tersebut dan bilangan penagih dadah tersebut telah meningkat dengan ketara sekali. Dadah ini dengan panggilan”pil kuda” atau “Syabu(Ice)”atau pun “Ectasy” memberi  kesan kepada system saraf tunjang akan menyebabkan kurang selera makan, kehilangan berat badan, pergerakan badan tidak terkawal, tekanan darah meningkat, tingkah laku akan agresif serta menjadi ganas, emosi yang tidak terkawal serta akan menyebabkan kecenderungan membunuh diri dan yang paling trajis ialah membunuh kaum keluarga akibat halusinasi.
                Sebagai langkah berjaga-jaga perkara ini bolehlah diamalkan:-
1. Ketahui bahaya dadah/ATS dan jangan sesekali ingin mencuba.
2. Elakkan berkunjung ketempat yang mendedahkan kepada pengaruh ATS seperti di Pusat Hiburan.
3. Dekatkan diri kepada Tuhan.(jangan sesekali melalaikan solat)
4. Gunakan alternative yang sihat untuk menjauhi kebosanan
5. Berbincang dengan orang yang sepatutnya jika ada masalah.
6. Pilih rakan sebaya yang bermoral serta berakhlak baik.
Bagi ibubapa panduan berikut boleh diguna pakai sebagai pencegahan anak-anak dari terjebak dengan
Penagihan dadah:-
1. Awasi anak-anak dari melakukan perkara negative.
2. Kenali siapa rakan anak anda
3. Peka dan sensitive terhadap perubahan awal tingkahlaku anak-anak
4. Komunikasi secara efektif( bukan membebel)
5. Guna pendekatan yang membuat anak-anak selesa dan sedia berkongsi masalah
6. Luangkan masa untuk anak-anak
7. Hargai pandangan dan cadangan anak-anak
8. Beri penghargaan apabila anak melakukan perkara positif
9. Beri hukuman yang sesuai jika melakukan perkara negative.
Walau bagaimanapun ini adalah langkah-langkah pencegahan yang terbatas dan memerlukan istikamah yang tinggi dan pencegahan dan rawatan yang terbaik ialah dari Allah taala dengan kurniaan dan limpahan rahmat serta keberkataan yang diberikan keatas individu yang mengamalkan ajaran agama dan mengikut sunnah, Keluarga yang mengamalkan ajaran agama dan mengikut sunnah serta Pemimpin Negara yang mendaulatkan Al-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaannya. Insyaallah keamanan sejati akan dikecapi dan dirasai…. D A D A HDengan   Agama    Dadah    Akan    Hapus”:
  




Sumber rujukan: UN General Assembly Special Session on The World Drug Problem.(1998). Amphetamine Type Stimulants. Un Department of Public Information. Nota kumpulan Pakar ATS (2008).

(gambar sekadar hiasan)

No comments:

Post a Comment