Thursday, 26 July 2012

Seni Pertahanan diri Gerak 17

Salam! dalam menjalani kehidupan fana yang penuh cabaran serta dugaan, setiap insan perlu menyediakan diri dengan segala ancaman serta cubaan keselamatan mental serta fizikal. Pertubuhan-pertubuhan seni pertahanan diri tumbuh merata dengan pelbagai nama dan matlamat. Salah satu daripadanya ialah Seni Gerak 17.Satu pertubuhan pertahanan diri yang mementingkan amalan zikir pada Allah. Buah bunga Gerak 17 amatlah lembut dan sesuai untuk lelaki atau perempuan sebagai asas untuk menjaga keselamatan diri. Pelatih seni pertahanan diri Gerak 17 melakukan majlis "perlimau" (ijazah)iaitu penamatan belajar ilmu-ilmu pertahanan diri.Gerak 17 adalah satu seni pertahanan diri yang menggunakan amalan zikrullah serta menerapkan sifat kesabaran,merendahkan diri,takwa,iman dan amalan zikir terhadap Allah.
Salah satu ujian dimajlis "perlimau" yang terpaksa dilalui oleh pelatih/ahli Gerak 17 ialah acara memecahkan "Buah Keras" dengan menggunakan tapak tangan, dengan ketajaman zikir beserta fokus yang tinggi terhadap "sasaran"(buah keras) tersebut, nescaya dengan izin Allah ia akan pecah. Ianya bukan untuk membanggakan diri tetapi sekadar mencuba ke"fokus an" dan zikir , ahli-ahli wajib membuang sifat angkuh, sombong bongkak, takbur. Amalan-amalan zikir tersebut dan diterapkan bersekali dengan amalan wajib akan menjadikan ahli lebih yakin diri.
Ahli-ahli juga akan diuji dengan pelbagai silat serangan serta ancaman tetapi dengan kekuatan zikrullah serta fokus serangan-serangan tersebut tidak dapat memudaratkan ahli Gerak, dengan izin Allah.

Wednesday, 25 July 2012

Kacau Asyura

Program muhibbah antara masyarakat,kejiranan iaitu mengacau bubur asyura, saya sekadar "mengopy" Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Hari Asyura ialah:- Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban. Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram: Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Adam a.s. dicipta. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Tuesday, 24 July 2012

Salam Ramadhan 1433


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”Riwayat Bukhari & Muslim.

Pada kemunculan pertama blog sana sini kali ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan kepada seluruh insan yang beriman pada Allah. Bulan Ramadhan adalah bulan seribu keberkatan dan rahmat yang di beri oleh Allah untuk umat Nabi Muhammad S.A.W, umat akhir zaman seperti mana nabi bersabda :-

Hadith 
Riwayat Bukhari & Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Tetapi hakikat manusia sekarang memandang remeh perkara yang telah dinyatakan dalam hadis tersebut kerana masih terdapat segolongan mereka tersebut sanggup mancari juadah-juadah untuk berbuka hatta walaupun di belakang2 kedai non muslim pun sanggup di beli... dimana mereka tersebut meletakan iman mereka? tidak malukah mereka pada tuhan yang maha melihat...maha mendengar serta maha mengetahui akan segala kelakuan mereka itu! tidak malukan mereka pada ayam, itik, lembu, kerbau yang sedang melihat mereka2 itu?? manusia yang mengaku cerdik dan pandai dengan akal yang dikurniakan Allah berada diatas kepala tetapi tidak berfikir untuk patuh dengan segala perintah dan suruhan agama. Arakian sesetengahnya sanggup menghadapi hukuman dunia jika tertangkap... lupakah mereka hukuman tuhan yang amat pedih beribu ribu kali ganda azabnya semasa hari pembalasan... oh ya!!! sebenarnya mereka tidak beriman yang bermakna mereka tidak peduli sangat tentang pembalasan selepas mati... mereka tidak melihat dengan mata kepala, sekadar di ceritakan oleh alim ulamak, ustaz2, tok2 iman masakan mereka percaya sangat!... atau pun mereka akan berkata aku masih muda buat jahat pun masih ada masa untuk bertaubat...!!! ini adalah akidah senget yang perlu dijauhi oleh orang yang mengaku dirinya beragama islam. Taubat sentiasa membasahi bibir, hati sentiasa zuhud, ini akidah, pegangan muslim sejati..!!!
Salam Ramadhan untuk semua muslimin dan muslimat sesungguhnya nikmat beribadat kepada Allah Azza Wajjalla dengan hati yang ikhlas amat manis dan tenang.


Salam.!